Fi


Fi Permohonan

Fi permohonan boleh dirujuk pada Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan, seperti di bawah:

  1. Permohonan Penguntukan Radas (AA): RM 60 bagi setiap permohonan
  2. Permohonan perubahan AA: RM 20 bagi setiap permohonan
    Perubahan adalah tidak dibenarkan bagi perkara di bawah:
    1. Perubahan pemegang AA);
    2. Koordinat lokasi stesen;
    3. Jenis stesen; dan.
    4. Jalur frekuensi.
  3. Permohonan salinan penguntukan yang diperakui benar: RM 10 bagi setiap muka surat
 

Fi Penguntukan

Fi bagi Penguntukan Radas (AA) boleh dirujuk pada Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan. Jadual ini merangkumi Susunan A (Fi tetap) dan Susunan B (Fi berubah-ubah)


Fi tetap

Jenis Penguntukan Fi Tahunan (RM) Nota
Stesen Persendirian 240 Hanya bagi  permohonan rangkaian persendirian sahaja
Stesen Bergerak 60 Hanya bagi  permohonan rangkaian persendirian sahaja (peralatan bergerak/mudah alih/handheld)


Fi berubah-ubah adalah tertakluk kepada frekuensi dan lebar jalur

Jalur Frekuensi Kaedah Komunikasi Fi Berubah-ubah bagi lebar jalur 3kHz (setiap saluran) (RM) Fi Berubah-ubah bagi lebar jalur 12.5kHz (setiap saluran) (RM)
Kurang dari 30 MHz (Bagi HF) Satu Hala 42 -
30 MHz hingga 3 GHz (Bagi VHF dan UHF) Satu Hala - 130
Dua Hala - 260


Contoh pengiraan Fi AA (Satu Hala) 

Pengiraan Fi AA bagi permohonan rangkaian persendirian radio bergerak darat

Frekuensi bagi  peralatan akses (peralatan bergerak/mudah alih/handheld) adalah di penguntukan melalui AA.

Contoh:
Komunikasi satu hala poin ke poin akan digunakan di Pelabuhan Klang dan beroperasi pada jalur UHF (satu hala), dengan menggunakan satu (1) jalur frekuensi dan lebar jalur sebanyak 12.5kHz bagi tujuan operasi dan keselamatan. Jumlah unit mobil adalah 30.

Jenis Perkhidmatan Jumlah Permohonan Jenis Penguntukan Jumlah Frekuensi Jumlah Stesen Bergerak (Unit)
Rangkaian Persendirian Radio Bergerak Darat Network 1 Stesen Kegunaan Persendirian 1 (satu hala) 30
Fi Permohonan (RM) Fi Tetap (RM) Fi Berubah-ubah (RM) Fi Stesen Bergerak (RM)
60 240
[130] x [1] = [130]
[Fi berubah -ubah/ frekuensi] x [Jumlah Frekuensi] = [Jumlah Fi Berubah-ubah]
[60] x [30] = [1,800]
[Fi Stesen Bergerak bagi setiap unit] x [Jumlah Stesen Bergerak] = [Jumlah Fi Stesen Bergerak]
Jumlah Fi AA Tahunan (RM)
[60] + [240] + [130] + [1,800] = [2,230]
[Fi Permohonan] + [Fi Tetap] + [Fi Berubah-ubah] + [Jumlah Fi Stesen Bergerak] = [Jumlah Fi AA Tahunan]


Contoh pengiraan Fi AA (Dua Hala)

Pengiraan Fi AA bagi permohonan rangkaian persendirian radio bergerak darat dua hala

Frekuensi bagi pengulang dan peralatan akses (mobile/portable/handheld) adalah di penguntukan melalui AA. Oleh yang demikian, fi AA dikenakan pada pengulang dan peralatan akses tersebut

Contoh:
Sebuah pengulang akan dipasang di Hotel di Kuala Lumpur dan beroperasi pada jalur UHF (dua hala), dengan menggunakan sepasang jalur frekuensi dan lebar jalur sebanyak 12.5kHz bagi tujuan operasi dan keselamatan. Jumlah unit bergerak adalah 30.

Jenis Perkhidmatan Jumlah Permohonan Jenis Penguntukan Jumlah Frekuensi Jumlah Stesen Bergerak (Unit)
Rangkaian Persendirian Radio Bergerak Darat Network 1 Stesen Kegunaan Persendirian 1 (dua hala) 30
Fi Permohonan (RM) Fi Tetap (RM) Fi Berubah-ubah (RM) Fi Stesen Bergerak (RM)
60 240
[260] x [1] = [260]
[Fi berubah -ubah/ frekuensi] x [Jumlah Frekuensi] = [Jumlah Fi Berubah-ubah]
[60] x [30] = [1,800]
[Fi Stesen Bergerak bagi setiap unit] x [Jumlah Stesen Bergerak] = [Jumlah Fi Stesen Bergerak]
Jumlah Fi AA Tahunan (RM)
[60] + [240] + [260] + [1,800] = [2,360]
[Fi Permohonan] + [Fi Tetap] + [Fi Berubah-ubah] + [Jumlah Fi Stesen Bergerak] = [Jumlah Fi AA Tahunan]

Rangkaian Persendirian Radio Bergerak Darat (HF/VHF/UHF)