Fi


Fi Permohonan

Fi permohonan boleh dirujuk pada Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan, seperti di bawah:

  1. Permohonan  (AA): RM 60 bagi setiap permohonan
  2. Permohonan Perubahan AA: RM 20 bagi setiap permohonan
    Perubahan adalah tidak dibenarkan bagi perkara di bawah:
    1. Perubahan Pemilik AA.
    2. Perubahan Isyarat Panggilan.
  3. Permohonan salinan penguntukan yang diperakui benar: RM 10 bagi setiap muka surat
 

Fi Penguntukan

Fi penguntukan radas boleh dirujuk pada Jadual Pertama Peraturan – Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan. Jadual tersebut merangkumi Susunan A (Fi tetap) dan Susunan B (Fi Berubah-ubah).
 

Fi Tetap:
 
Jenis Radas Fi Tetap (RM)
Stesen Pengulang Amatur 60


Contoh pengiraan Fi AA

 
Fi Permohonan (RM) Fi AA (Tahunan) Tempoh (Tahun) Jumlah (RM)
Fi Tetap (RM) Fi Berubah-ubah (RM)
60 60 N/A 5
[60] + [60x5] = [360]
[Fi Permohonan] + [Fi Tetap x Tempoh] = [Jumlah Fi AA]