Fi


Fi Permohonan

Fi permohonan boleh dirujuk pada Jadual Kedua Peraturan – Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan, seperti di bawah :

  1. Permohonan Penguntukan Radas (AA) : RM 60 bagi setiap permohonan
  2. Permohonan perubahan AA : RM 20 bagi setiap permohonan
    Perubahan adalah tidak dibenarkan bagi perkara di bawah :
    1. Perubahan Pemegang AA;
    2. Koordinat Lokasi Stesen;
    3. Jenis Stesen; dan
    4. Jalur Frekuensi.
  3. Permohonan salinan penguntukan yang diperakui benar: RM 10 bagi setiap muka surat

Fi Penguntukan

Fi penguntukan radas boleh dirujuk pada Jadual Pertama Peraturan – Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan. Jadual tersebut merangkumi Susunan A (Fi tetap) dan Susunan B (Fi berubah-ubah).

Fi Tetap

Jenis Radas Fi Tahunan (RM)  Nota
Stesen Darat (30 MHz hingga 3 GHz) 120 -

Fi Berubah-ubah adalah tertakluk kepada lebar jalur dan frekuensi yang dipohon:

Jalur Frekuensi Kaedah Komunikasi Lebar Jalur 12.5 dan 25 kHz (setiap saluran)
30 MHz hingga 3 GHz (Untuk VHF dan UHF) Sehala (Simplex) 130
Dua Hala (Duplex) 260


Contoh Pengiraan Fi AA bagi Permohonan Sehala (Simplex)

Pengiraan Fi AA bagi permohonan perkhidmatan Telemetri Sehala

  • Frekuensi untuk stesen master dan Stesen Slave adalah diperuntukan di bawah AA
  • Fi AA adalah dikenakan ke atas permohonan Stesen Master and Stesen Slave

Contoh:
Loji Air di Hulu Langat akan menggunakan Jalur Frekuensi VHF (sehala) untuk Komunikasi Telemetri antara 1 Stesen Master dan 3 Stesen Slave dengan saluran frekuensi tunggal bersama dengan lebar jalur 25 kHz

Jenis Perkhidmatan Jumlah Permohonan Jenis Radas Bilangan Frekuensi
Telemetri 4 Stesen Darat (30 MHz hingga 3 GHz) 1 (sehala)
Fi Permohonan (RM)

Fi Tetap (RM)

Fi Berubah-ubah

60

[120] x [4] = [480]

[Fi Tetap bagi setiap permohonan]

x [Jumlah Permohonan] = [Jumlah Fi Tetap]
[130] x [1] x [4] = [520]
[Fi Berubah-ubah bagi setiap saluran frekuensi] x

[Jumlah Bilangan Frekuensi]

x [Jumlah Permohonan] = [Jumlah Fi Berubah-ubah]
Jumlah Fi AA Tahunan (RM)
[60] + [480] + [520] = [1,060]
[Fi Permohonan] + [Fi Tetap] + [Fi Berubah-ubah] = [Jumlah Fi AA Tahunan]

 

Contoh pengiraan Fi AA bagi Permohonan Dua Hala (Duplex)

Pengiraan Fi AA bagi permohonan perkhidmatan Telemetri Dua Hala

  • Frekuensi untuk Stesen Master dan Stesen Slave adalah diperuntukan di bawah AA,
  • Fi AA adalah dikenakan ke atas permohonan Stesen Master and Stesen Slave ,

Contoh:
Loji Air di Hulu Langat akan menggunakan Jalur Frekuensi VHF (dua hala) untuk komunikasi telemetri antara 1 Stesen Master dan 2 Stesen Slave dengan saluran pasangan frekuensi tunggal bersama dengan lebar jalur 25 kHz.

Jenis Perkhidmatan Jumlah Permohonan Jenis Radas Bilangan Frekuensi
Telemetri 3 Stesen Darat (30 MHz hingga 3 GHz) 1 (dua hala)
Fi Permohonan (RM) Fi Tetap (RM) Fi Berubah-ubah
60
[120] x [3] = [360]

[Fi Tetap bagi setiap permohonan]

x [Jumlah Permohonan] = [Jumlah Fi Tetap]
[260] x [1] x [3] = [780]
[Fi Berubah-ubah bagi setiap saluran frekuensi] x

[Jumlah Bilangan Frekuensi]

x [Jumlah Permohonan] = [Jumlah Fi Berubah-ubah]
Jumlah Fi AA Tahunan (RM)
[60] + [360] + [780] = [1,200]
[Fi Permohonan] + [Fi Tetap] + [Fi Berubah-ubah] = [Jumlah Fi AA Tahunan]