Fi


Fi Permohonan

Fi permohonan boleh dirujuk pada Jadual Kedua Peraturan – Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan, seperti di bawah :

  1. Permohonan penguntukan radas (AA): RM 60 bagi setiap permohonan
  2. Permohonan perubahan AA: RM 20 bagi setiap permohonan
    Perubahan adalah tidak dibenarkan bagi perkara di bawah :
    1. Perubahan Pemegang AA;
    2. Koordinat lokasi stesen;
    3. Jenis stesen; dan
    4. Jalur frekuensi.
  3. Permohonan salinan penguntukan yang diperakui benar: RM 10 bagi setiap muka surat
 

Fi Penguntukan

Fi penguntukan radas boleh dirujuk pada Jadual Pertama Peraturan – Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan. Jadual tersebut merangkumi Susunan A (Fi tetap) dan Susunan B (Fi berubah-ubah).

Fi tetap

Jenis Radas

Fi Tahunan (RM)

Nota

Stesen Pangkalan Radio Sesalur

120

Terpakai untuk permohonan bagi pemegang lesen NFP(I) sahaja

Stesen Kegunaan Persendirian

240

Terpakai untuk permohonan bagi rangkaian persendirian sahaja

Stesen Bergerak

60

Terpakai untuk permohonan bagi rangkaian persendirian sahaja (untuk unit peralatan radio komunikasi bergerak/mudah alih/handheld)

Fi berubah-ubah tertakluk kepada frekuensi dan lebar jalur:

Jalur Frekuensi

Kaedah Komunikasi

Lebar Jalur 6.25 kHz (bagi setiap saluran frekuensi)

Lebar Jalur 12.5 kHz dan 25 kHz(bagi setiap saluran frekuensi)

30 MHz to 3 GHz Simplex 110 130
Duplex 220 260


Contoh Pengiraan Fi AA (Pemegang Lesen)

Pengiraan Fi AA bagi permohonan radio sesalur oleh Pemegang Lesen NFP(I)

  • Frekuensi untuk stesen pangkalan radio sesalur adalah diperuntukkan di bawah AA.
  • Peralatan radio komunikasi bagi stesen bergerak (peralatan bergerak, mudah alih dan handheld) adalah diperuntukkan di bawah Penguntukan Kelas (CA).
  • Fi AA hanya dikenakan ke atas stesen pangkalan radio sesalur sahaja.

Contoh:
Stesen pangkalan radio sesalur di Bukit Pelindung oleh pemegang lesen menggunakan 3 frekuensi dua hala dalam jalur frekuensi 410 MHz hingga 430 MHz dengan lebar jalur 25 kHz:

Jenis Perkhidmatan Jumlah Permohonan Jenis Radas Bilangan Frekuensi
Radio Sesalur 1 Stesen Kegunaan Persendirian 3 (Dua Hala)
Fi Permohonan (RM) Fi Tetap(RM) Fi berubah-ubah(RM)
60 120
[260] x [3] = [780]
[Fi Berubah-ubah bagi setiap saluran frekuensi] x [Bilangan Frekuensi] = [Jumlah Fi Berubah-ubah]
Jumlah Fi AA Tahunan (RM)
[60] + [240] + [780] = [960]
[Fi Permohonan] + [Fi Tetap] + [Fi Berubah-ubah] = [Jumlah Fi AA Tahunan]


Contoh Pengiraan Fi AA (Rangkaian Persendirian)

Pengiraan Fi AA bagi permohonan radio sesalur untuk Rangkaian Persendirian

  • Frekuensi untuk stesen pangkalan radio sesalur dan stesen bergerak (peralatan bergerak, mudah alih dan handheld) adalah diperuntukkan di bawah AA.
  • Fi AA dikenakan ke atas stesen pangkalan radio sesalur dan stesen bergerak

Contoh:
Stesen Pangkalan Radio Sesalur di Pelabuhan Klang untuk komunikasi rangkaian persendirian akan menggunakan 3 frekuensi dua hala di jalur frekuensi 380 MHz hingga 399.9 MHz dengan lebar jalur 25 kHz dan 90 unit terminal:

Jenis Perkhidmatan Jumlah Permohonan Jenis Radas Bilangan Frekuensi Jumlah Stesen Bergerak (Unit)
Radio Sesalur 1 Stesen Kegunaan Persendirian 3 (Dua Hala) 90
Fi Permohonan (RM) Fi Tetap(RM) Fi berubah-ubah(RM) Fi Stesen Bergerak (RM)
60 240
[260] x [3] = [780]
[Fi Berubah-ubah bagi setiap saluran frekuensi] x [Bilangan Frekuensi] = [Jumlah Fi Berubah-ubah]
[60] x [90] = [5,400]
[Jumlah Stesen Bergerak] x [Fi bagi setiap Stesen Bergerak] = [Jumlah Fi bagi Stesen Bergerak]
Jumlah Fi AA Tahunan (RM)
[60] + [240] + [780] + [5,400] = [6,480]
[Fi Permohonan] + [Fi Tetap] + [Fi Berubah-ubah] + [Fi bagi Stesen Bergerak] = [Jumlah Fi AA Tahunan]

Radio Sesalur Persendirian dan Awam