Fi


Fi Permohonan

Fi permohonan boleh dirujuk pada Jadual Kedua Peraturan – Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan, seperti di bawah :

  1. Permohonan Penguntukan Radas (AA) : RM 60 bagi setiap permohonan
  2. Permohonan perubahan AA : RM 20 bagi setiap permohonan
    Perubahan adalah tidak dibenarkan bagi perkara di bawah :
    1. Perubahan Pemegang AA;
    2. Koordinat Lokasi Stesen;
    3. Jenis Stesen; dan
    4. Jalur Frekuensi.
  3. Permohonan salinan penguntukan yang diperakui benar: RM 10 bagi setiap muka surat
 

Fi Penguntukan

 

Fi Penguntukan Radas boleh dirujuk pada Jadual Pertama Peraturan – Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan senarai pindaan. Jadual tersebut merangkumi Susunan A (Fi tetap) dan Susunan B (Fi berubah-ubah).

Fi Tetap

Jenis Radas Fi Tahunan (RM) 
Stesen Darat (lebih daripada 3 GHz) 240

Fi berubah-ubah adalah tertakluk kepada frekuensi dan lebar jalur frekuensi:
 
Jenis Radas Lebar Jalur (kHz)  Fi berubah-ubah (simpleks-bagi setiap saluran frekuensi) (RM)
Stesen Darat (lebih daripada 3 GHz)

5000

440


Contoh Pengiraan Fi Penguntukan Radas (‘AA’)

 

Pengiraan fi AA bagi stesen CCTV (TDD – mod simpleks)

Penggunaan spektrum untuk poin ke poin dan radas bagi stesen hab adalah melalui AA dan stesen terminal atau kamera CCTV tanpa wayar adalah melalui Penguntukan Kelas. Oleh itu, fi AA hanya dikenakan ke atas hab stesen sahaja.

4 sistem CCTV tanpa wayar menggunakan 1 saluran di dalam frekuensi 5650 MHz ke 5725 MHz dengan lebar jalur 5 MHz :

 

Perkhidmatan Jumlah Permohonan Jenis Radas Jumlah Frekuensi Pemancar
1 CCTV 1 (simplex)
Fi Permohonan (RM) Fi Tetap (RM) Fi Berubah-ubah (RM)
Tetap 60 240
[440] x [1] = [440]
[Fi Berubah-ubah] x [Jumlah frekuensi] = [Jumlah Fi Berubah-ubah]
Jumlah Fi Tahunan (RM)
[ 60 ] + [ 240 ] + [ 440 ] = [ 740 /untuk 1 stesen hab]
[Fi Permohonan] + [Fi Tetap] + [Fi Berubah-ubah] = [Jumlah Fi Tahunan]

 

Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) Tanpa Wayar